Friday, January 30, 2015

TEKNIK TAWAR-MENAWAR DI CHINA

Sekarang kita masuk pula ke bahagian tawar-menawar sewaktu membeli barang dari China.

1) Cuba beli secara berkumpulan jika ke kedai borong. Di China semakin tinggi kuantiti tempahan yang anda

    buat, semakin banyak pengurangan harga yang akan anda perolehi.

2) Biasanya kadar pengurangan harga borong barangan adalah tidak terlalu tinggi. Ianya hanya sekitar 15-

   30% sahaja. Ini juga akan dikurangkan jika anda menaikkan kuantiti barangan yang dibeli. Contohnya jika

  harga untuk 10 unit barangan ialah 30 yuan, jika anda mengatakan anda ingin membeli barangan itu

  sebanyak  20 unit. Mungkin harganya akan dikurangkan kepada 27 yuan. Dan apabila kuantiti dinaikkan

  lagi, harganya akan dikurangkan lagi sehingga harga akhir mungkin hanya sekitar 18-20 yuan.

3) Jika anda menghadapi masalah komunikasi sewaktu berada di sana. Gunakan saja kalkulator

   pemborong di sana. Kalkulator ini boleh menjadi alat yang sangat berguna sewaktu berada di

   China nanti.

4) Setelah anda mendapat harga terendah di sebuah kedai. Ambil “namecard” dan catitkan lokasi kedai
 
    borong itu. Kemudian, cari kedai lain yang menjual barangan yang sama untuk mendapat harga yang lebih

   baik. Jika anda tidak mendapat harga lebih baik. Kembali ke kedai pertama anda itu tadi untuk membuat

   tempahan.

5) Buat tempahan hanya dengan membayar deposit maksimum 30%-50% sahaja. Jangan sekalikali

   membayar penuh. Jika anda bayar penuh, risiko anda untuk terdedah kepada penipuan

   akan menjadi sangat tinggi.

6) Setelah pembayaran deposit dibuat. Penjual akan memberitahu anda bila waktu barangan itu akan siap.
 
   Apabila anda datang semula untuk membayar baki bayaran penuh. Pastikan kualiti dan kuantiti barangan

   yang anda beli itu sebelum membuat bayaran baki.

Kini kami membuka ruang dan peluang kepada usahawan untuk Borong Barang Murah di Guangzhou bersama kami.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment