Thursday, January 8, 2015

URUSAN PASPORT DAN VISA

PASPORT


Visa
1. Bagi rakyat Malaysia melawat ke China atas apa-apa sebab seperti pelancongan atau perniagaan, visa  
    perlu dimohon daripada Malaysia.
2. “Visa on Arrival” tidak diberikan kepada rakyat Malaysia. (Walaupun terdapat cara untuk mendapatkan 
     visa ini, tetapi masih dinasihatkan pelawat memohon visa ini dari Malaysia)
3. Jenis-jenis visa beserta harga (harga mungkin berubah tanpa sebarang notis awal). Semua permohonan 
   akan memakan masa 4 hari bekerja.

ENTRY
RM (harga kedutaan)
Single
85
Double
105
Multiple (6 bulan)
135
Multiple (12 bulan)
175

4. Untuk permohonan pantas untuk 3 hari bekerja.
ENTRY
RM (harga kedutaan)
Single
230
Double
250
Multiple (6 bulan)
280
Multiple (12 bulan)
320

5. Untuk permohonan pantas untuk 1 atau 2 hari bekerja.
ENTRY
RM (harga kedutaan)
single
310
Double
330
Multiple (6 bulan)
360
Multiple (12 bulan)
400

Untuk permohonan kali pertama, hanya visa single entry atau double entry yang akan diberikan.

7. Untuk memohon visa multiple entry, pemohon perlu menyediakan surat tawaran dari syarikat tempat 
    kerja pemohon itu sendiri yang menyatakan pemohon akan pergi ke China untuk urusan perniagaan. Visa
    multiple entry mempunyai tempoh 6 bulan dan 12 bulan. Harga mungkin berbeza untuk setiap jenis visa 
    multiple entry ini.

8. Syarat-syarat permohonan.
a) Pemohon boleh memohon sendiri atau menghantar wakil untuk memohon.
b) Pemohonan melalui pos tidak diterima.

9. Dokumen yang diperlukan untuk memohon visa :
a) 2 keping gambar bersaiz pasport
b) Borang permohonan
c) Resit booking bilik / hotel
d) Tiket penerbangan

10. Anda boleh menghantar sendiri permohonan ini kepada kedutaan. Maklumat kedutaan adalah seperti 
    dibawah.
a) Alamat: Consular Office of the Embassy of the People's Republic of China in Malaysia 1st Floor, Plaza 
    
   OSK, 25 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

b) Tel: (006)03-21636815 (Ext: 102, 103, 104, 105, 106),21636814
c) Fax: (006)03-21636809
d) Waktu Pejabat: 9:00 am hingga 3.00 pm hari Isnin hingga Jumaat (kecuali pada hari cuti umum).
e) Waktu kutipan pasport biasanya ditetapkan pada 9.00 am hingga 4.00 pm

11. Contoh Visa adalah seperti dibawah. 


12. Apa perlu anda buat jika anda terlajak (over-stay) tinggal di China. Jangan cuba untuk keluar dari China 
      pada waktu itu. Sila hubungi kedutaan Malaysia di Guangzhou dan minta nasihat dari mereka. Biasanya 
      mereka akan meminta kita untuk pergi ke Pejabat Polis Imigresen di Guangzhou untuk memohon 
      tambahan visa. Ini akan memakan masa 7 hari untuk disiapkan dan dalam tempoh itu anda tidak akan 
      mempunyai paspot. Hanya over-stay kali pertama akan dimaafkan dengan cara ini.

13. Maklumat kedutaan Malaysia di China:-
a. Consulate General of Malaysia in Guangzhou
    1912-1918, 19th Floor, CITIC Plaza,
    233 Tian He Bei Road, Tian He District,
    Guangzhou 510610, Guangdong, China
    Tel: 8620 3877 0763, Fax: 8620 3877 0769

Sertai kami ke TRIP JOM BORONG TERUS DARI SUMBER

*KELEBIHAN KAMI*
·         MENDAPAT LIPUTAN DARI MEDIA MASSA (NONA TV3, KOSMO, UTUSAN, METRO)
·         MENJALIN KERJASAMA BERSAMA DPMM DAN MARA
·         TRIP MEMBORONG SAMBIL MELANCONG
·         TRIP BORONG KE CHINA DIKENDALIKAN SEPENUHNYA OLEH PENGARAH DAZRA SENDIRI

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Emel: bizramdan@gmail.com
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus


www.dazra.my

No comments:

Post a Comment