Tuesday, January 27, 2015

DUIT PALSU DI CHINA

1) Peringatan dan Amaran mengenai Duit Palsu!!!
·         Duit palsu memang tidak asing di China dan lebih tidak asing bagi orang asing seperti kita ini. Dibawah
ini saya akan terangkan secara mendalam tentang duit palsu ini.
·         Kedua-dua duit diatas nampak seakan-akan sama tetapi salah satu dari duit ini adalah duit palsu.

·         Nombor “50” ini berwarna emas dan akan bertukar kehijauan jika digerakkan, dalam duit palsu, ini tidak berlaku. 


·         Duit yang sebenar mempunyai satu lagi no. 50 tersembunyi (water sign) di lokasi ini. 
·         Garisan warna silver yang wujud di duit palsu tidak kemas (perlu dilihat di bawah sinaran lampu. 
·         Di sini terdapat satu imej tersembuyi atau water sign Chairman Mao, dalam duit palsu juga terdapat ini
tetapi kualiti imej ini agak rendah. Anda perlu biasakan merasakan kertas duit ini dengan tangan untuk
 membezakan yang palsu dan yang sebenar. 
·         Warna disini dalam duit palsu agak cerah dan perbezaan warna di tempat ini agak ketara. 
·         Warna disini dalam duit palsu agak cerah dan perbezaan warna di tempat ini agak ketara.
·        Stripe silver disini agak keterlaluan. 
·         Duit seperti ini biasanya diberikan kepada anda di dalam teksi ataupun di kedai-kedai di tepi jalan
dimana pekedai itu tahu anda orang baru dan tidak begitu sedar dengan penipuan ini. 
·         Oleh yang demikian, sila ambil langkah berjaga-jaga dalam proses menerima duit baki dari kedai-kedai 
kecil dan teksi.

2)  Jika anda dua orang yang menaiki Teksi dan mempunyai barang di bahagian bonet, seorang perlu
     turun dahulu dan yang kedua hanya boleh turun selepas semua beg telah diangkut keluar. Ditakuti beg
     anda akan dilarikan oleh pemandu teksi tersebut.

3)  Elakkan diri dari memberi sedekah kepada pengemis di sana. Mereka akan meminta duit ini setiap hari
     dan semakin ramai orang akan minta pada anda jika mereka tahu anda memberi. Jangan layan.

4)  Elakkan dari membeli makanan di tepi jalan walaupun ianya dijual oleh orang Islam. Kerana kebersihan
     dan kehalalan makanan itu agak diragui.

5)  Jangan sekali-kali malu untuk melihat barang yang anda beli itu dengan teliti dari semua segi
    sepertimana anda membuat tempahan sebab kebanyakan dari mereka juga tidak akan berasa malu
     untuk menipu anda. Minta tukar atau batalkan pembelian jika anda rasa seperti tertipu. Ini perkara
     biasa.

Kepada para usahawan rebutlah peluang untuk Borong Barang Murah di Guangzhou bersama kami dan berkongsi ilmu bersama kami di Seminar Borong Guangzhou.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment