Monday, January 5, 2015

PELUANG YANG ADA DI NEGARA CHINA

 Trip Borong ke Guangzhou

Apa yang menarik untuk anda sertai seminar Jom Borong ke China ini? Tentulah kelebihan-kelebihan yang ada dengan pemborongan barangan di China ini. Mungkin seperti yang anda telah pun tahu, kelebihan-kelebihan ini adalah seperti berikut:

a. Harga murah.
b. Pilihan yang banyak.
c. Kualiti barangan yang semakin baik.
d. Peningkatan teknologi dalam produk.

Murah – Barangan di China kini adalah antara yang termurah di dunia. Terdapat juga barangan murah di negara-negara lain seperti Vietnam dan Indonesia, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan harga yang pelbagai seperti di China.

Pilihan yang banyak – Seluruh negara didunia tertumpu ke China untuk membeli barangan, maka pilihan barangan yang ada di China ini adalah sangat luas dan memudahkan kita untuk mendapatkan apa saja yang kita perlu. Contohnya, apabila kita ingin mencari beg tangan, terdapat kira-kira lebih 5 bangunan di Guangzhou untuk kita membeli handbag secara borong. Anda pasti akan menjadi rambang mata untuk membeli beg tangan yang ada di plaza-plaza ini.

Kualiti barangan yang semakin baik – Kualiti barangan yang dibuat di China juga menjadi semakin baik dan peratusan penipuan semakin berkurangan hasil dari penguatkuasaan dari pihak kerajaan China secara berterusan. Jika tidak kerana ini, tidak mungkin jenama-jenama besar seperti Adidas, Nike, Puma, Timberland, Canterbury dan lain-lain menempah barangan mereka dari negara ini. Syarikat-syarikat ini tentu mengutamakan kualiti dalam pengeluaran barangan mereka.

Peningkatan teknologi dalam produk – Contohnya, telefon bimbit yang dikeluarkan di China kini, mempunyai banyak ciri-ciri yang tidak dapat ditandingi oleh jenama besar seperti Apple, Nokia dan Samsung. Contohnya, banyak telefon China yang dikeluarkan kini boleh menggunakan 2 sim card dan mempunyai kecanggihan yang lebih hebat serta murah.
Perkara seperti ini tidak ada dalam telefon jenama besar, kerana mereka memikirkan kerugian yang mereka akan alami jika pelanggan yang akan membeli 2 telefon, kini hanya membeli 1 telefon. Bagi pengeluar China pula, ini adalah peluang untuk menguasai pasaran. Selain itu, telefon dari China ini juga dilengkapi oleh fungsi MP3, MP4, Radio FM, Camera, Bluetooth, GPS, Android, Apps dan banyak lagi, sama seperti produk dari jenama besar lain.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment