Monday, January 26, 2015

PENGGUNAAN TELEFON DAN KAD SIM DI CHINA

1)      Anda boleh mendapatkan kad sim china setibanya anda di sana di mana-mana kedai telefon. Terdapat dua syarikat utama iaitu China Mobile dan China Telekom.


2)      Pakej yang disediakan juga adalah lebih kurang sama, anda boleh menggunakan pakej seperti yang di
      bawah oleh China Mobile:
·         Bayaran pendahuluan prepaid ¥ 100 (RM50)
·         Tiada kontrak
·         Semua panggilan masuk dikenakan bayaran kira-kira RM 0.20 seminit.
3) Peringatan Penting dan Kadar Panggilan.
·         Adalah lebih baik anda membeli kad sim China walaupun anda ingin tinggal hanya untuk 3-4 hari.
·          Panggilan dari Malaysia ke China sangat murah. Hanya kira-kira RM 0.50 bagi seminit.
·          Kod negara bagi China adalah +86 atau 0086. Jika anda mendail dari Malaysia, katakan nombor telefon China anda adalah 13650714946 untuk mendail dari Malaysia, anda harus mendail 008613650714946 atau +8613650714946
·         Untuk SMS pun menggunakan sistem yang sama.
·         Semua panggilan masuk dan keluar akan dikenakan bayaran
·         Jika gunakan talian Malaysia, panggilan masuk akan dikenakan cas yang sangat mahal. 

Panggilan Tempatan
                                                                                    Kadar Bayaran yang dikenakan
Panggilan Masuk Tempatan
RMB 0.60/seminit
Panggilan Masuk Tempatan Jarak Jauh
RMB 1.19/seminit
Panggilan Keluar Tempatan
RMB 0.60/seminit
Panggilan Keluar Tempatan Jarak Jauh
RMB 1.19/seminit

Panggilan Antarabangsa

                                                                                     Kadar Bayaran yang dikenakan
Semua Panggilan Masuk
RMB 1.19/seminit
Panggilan ke Hong Kong, Macau dan Taiwan
RMB 2.80/seminit
Panggilan Antarabangsa Terus
RMB 8.80/seminit
Panggilan Antarabangsa dengan IP 17951 *
RMB 5.40/seminit

** Panggilan menggunakan 12593 adalah sama seperti panggilan biasa tetapi anda mungkin perlu mendail lebih panjang daripada biasa. Contohnya untuk mendail no. saya di Malaysia, anda perlu mendail 125930060192967063. Kad IDD ini boleh didapati di mana-mana kedai telefon.

Tempatan – Satu Wilayah. Katakan kita di Guangdong, semua kawasan di Guangdong adalah dikira tempatan.

Tempatan Jarak Jauh – Wilayah-wilayah lain di China. Ini dikira Tempatan Jarak Jauh. Jika anda membeli sim card di Guangdong dan menggunakkan di Wilayah lain, panggilan masuk akan dikenakan cas yang tinggi.

Kini kami membuka ruang dan peluang kepada usahawan untuk Borong Barang Murah di Guangzhou bersama kami pada setiap bulan dan tahun. Trip Borong ke China ini akan dijalankan selama 4 hari 4 malam.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment