Thursday, January 29, 2015

MEMBELI-BELAH / MEMBORONG DI CHINA

Sekarang kita sampai ke bab yang paling utama yang merangkumi tujuan utama kita datang ke China. Saya akan huraikan bab ini dalam “point form” supaya lebih mudah untuk kita fahami.

1)    Anda perlu mengetahui pasaran sebelum membeli dalam kuantiti yang banyak. Apabila mengetahui pasaran, anda mesti tahu menilai barangan yang hendak dibeli. Pengetahuan mengenai barangan yang ingin dibeli adalah penting agar kita tidak mudah ditipu oleh penjual semasa memborong.
2)    Setelah berada di China, buat rancangan atau jadual pemborongan agar masa anda tidak terbuang dengan sia.sia sahaja. Fikirkan plaza mana yang anda perlu pergi pada permulaan hari dan hari-hari seterusnya. Biasanya plaza-plaza ini akan dibuka pada pukul 10.00 pagi dan tutup pada pukul 5.30-6.00 petang .
3)    Pastikan anda keluar dari hotel sekurang-kurangnya pukul 9.30 pagi dan bertolak pulang kira-kira pukul 3.30 petang (sangat susah untuk mendapatkan teksi selepas pukul 4.00 petang dan jika anda menaiki MTR, keadaan sangat sesak. Jadi anda dinasihatkan mengelak pulang lebih dari pukul 4.00 petang )
4)    Pada kali pertama, jangan terus membeli barangan yang anda lihat atau suka. Cuba pusing keseluruhan plaza dan bandingkan harga antara satu kedai dan kedai yang lain. Tanya secara terperinci seperti harga, saiz, warna, jenis-jenis dan lain-lain soalan berkaitan dengan produk.
5)    Jika anda bersetuju dengan harga, buat tempahan. Pastikan anda tanya samada pemborong itu boleh memberikan barangan itu pada hari yang sama. Kebanyakkan kedai-kedai ini mempunyai stor di tempat lain dan biasanya mereka akan mengambil masa sehari untuk dapatkan barang tersebut. Kadang-kadang mereka mempunyai stok itu secara sedia-ada.
6)    Jika stok itu telah tersedia, anda boleh bayar dan periksa semua barangan tersebut dari semua segi seperti saiz, warna, jenis. Bawa pulang barang itu ke hotel atau hantar terus ke gudang untuk dihantar ke Malaysia. Jika pekedai ini tidak mempunyai stok tersedia, anda biasanya akan diminta untuk membayar 30-50% sebagai duit pendahuluan. Pastikan anda mendapatkan resit dan cop untuk ini.
7)    Pada hari kedua anda datang, jika barang telah tersedia. Ikut langkah 6. Jika barang tidak tersedia, minta pekedai itu pulangkan wang deposit dan batalkan urusan jika anda lihat pekedai ini tidak boleh dipercayai.
8)    Pastikan anda mengambil nombor telefon atau email pekedai itu untuk membuat pesanan seterusnya di masa hadapan. Kebelakangan ini kebanyakkan pekedai mempunyai laman web sendiri. Ini memudahkan lagi urusan anda di masa hadapan.
ANTARA PLAZA-PLAZA BORONG
PLAZA HANDBAG


 Trip Borong ke ChinaPLAZA BARANGAN KULIT


PLAZA PAKAIAN

BORONG BARANG MURAH DI GUANGZHOU.. Anda akan mendapat keuntungan yang berlipat 
kali ganda.
============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus

www.dazra.my

No comments:

Post a Comment