Monday, January 19, 2015

PENGANGKUTAN TEMPATAN DI CHINA

Pengangkutan di Guangzhou dan bandar-bandar lain di China yang sesuai bagi kita adalah Teksi dan Metro. Pengangkutan lain tidak digalakkan kecuali anda mahir tentang tempat dan laluannya.

Teksi

Terdapat banyak teksi di Guangzhou tetapi masalah utama adalah bahasa. Hampir kesemua pemandu teksi ini tidak tahu berbahasa Inggeris dan bahasa isyarat tidak digalakkan kerana ditakuti kita akan sampai ke tempat yang bukan destinasi yang kita hendak pergi.
Untuk menggunakan Teksi, sila gunakan nota yang akan disediakan dalam bab seterusnya ini sebagai panduan untuk ke mana-mana samada ke plaza-plaza borong atau ke restoran Muslim.
Harga Teksi di Guangzhou bermula dengan ¥ 18 (RM9). Harganya akan meningkat mengikut kilometer tetapi tidak terlalu tinggi.
Teksi boleh dikatakan satu pengangkutan yang selamat di China kerana yang ramai menjadi mangsa rompakan bukannya penumpang teksi tetapi pemandunya. Sila lihat gambar dibawah. Setiap teksi akan dipasang gerigi besi seperti ini. Pada waktu malam, sesetengah penumpang tidak akan dibenarkan untuk duduk dibahagian hadapan.

Sentiasa pastikan teksi hanya menggunakan meter. Masalah ini biasanya tidak timbul. Jika anda dapati harga teksi ini adalah terlalu tinggi dari yang sepatutnya, minta resit dari pemandu teksi itu. Pemandu itu pasti akan takut dan menurunkan harga kepada harga sebenar.
INGIN MENIKMATI KEHIDUPAN DI GUANGZHOU.

TRIP JOM BORONG TERUS DARI SUMBER akan membawa anda mengenali China dan merasai sendiri cara kehidupan orang di sana.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus

www.dazra.my



No comments:

Post a Comment