1) IMIGRESEN DI CHINA
Bagi pertama kali masuk ke China, paspot kita akan di periksa dengan teliti dan biasanya kita akan dipanggil
untuk sedikit soal-siasat. Ini proses biasa. Jangan panik.
Jika ditanya apa-apa dalam bahasa Cina, hanya jawab sekadar “putong”. Jika ditanya dalam bahasa Inggeris,
jawab soalan yang ditanya dengan tenang.
Soalan yang biasa ditanya adalah,
a) Kenapa datang ke sini ? (jawab: untuk membeli belah atau untuk perniagaan)
b) Berapa ramai yang datang bersama ? (jawab: perkara benar)
c) Berapa hari akan tinggal di sini ? (jawab: yang benar, tarikh pulang seperti dalam tiket)
d) Tinggal di mana ? (jawab: 7 days inn atau Youth Hostel)
Kadang kala akan terjadi salah faham kerana dalam paspot kita, tempat lahir akan ditulis nama negeri dan
bukan Malaysia. Mereka akan bertanya, awak orang mana ? Kenapa awak lahir di KEDAH tetapi awak
mempunyai paspot Malaysia ? (Jawab: Kedah adalah negeri dalam Malaysia, mereka mungkin tak faham.
Ulang saja jawapan itu)
2) KASTAM DI CHINA
· Biasanya tidak ada masalah dengan kastam untuk masuk ke China.
Jika mereka panggil sekalipun, bawa masuk beg dalam scanner.
Jika diminta buka beg. Buka saja.
Jika dia cakap apa-apa dalam bahasa Cina, jawab “putong” dan “Malaysia” saja.
Biasanya respon yang diberikan kepada Malaysia adalah sangat baik dan biasakan
memberi ucapan “Ni hao” dan bersenyum.
Had wang yang dibenarkan adalah RM10,000 atau 20,000 yuan.
SERTAI KAMI JOM BORONG TERUS DARI SUMBER.
SELAMAT DATANG KE CHINA.
============================================
Dazra Ventures & Consultancy (002302801-U)
Emel: bizramdan@gmail.com
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
No comments:
Post a Comment