KENAPA PILIH CHINA SEBAGAI TEMPAT MEMBORONG???!!
Boleh jadi harga di Malaysia jika dibandingkan dengan harga asal produk dijual di China boleh turun dari 30% hingga 95% jauh lebih murah bergantung kepada jenis produk. Oleh itu soalan yang lebih utama…
KENAPA BARANG DI CHINA HARGA MURAH GILA MENJUNAM?
Kebanyakan orang akan terfikir, gaji pekerja di sana yang murah mengakibatkan produk boleh dijual dengan murah… namun realiti sebenar terdapat beberapa faktor menjadikan China lubuk termurah dunia dan digilai oleh pemborong di Malaysia yang sanggup pergi trip borong china.
Berikut merupakan 5 faktor kenapa China menjadi tumpuan untuk membeli barang secara borong:-
1) Produksi Skala Besar dan Kos Material yang Murah
Jika dibandingkan industri pembuatan di China berbanding negara luar seperti India, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea, Jepun, Amerika syarikat dan negara pembuatan lain, kebanyakan kilang produksi di China antara yang terbaik di Dunia!
Kilang pembuatan sahaja sudah merangkumi beratus malah beribu produk daripada pembuatan pakaian sehinggalah industri berat seperti mesin, kenderaan berat dan sebagainya. Malah dengan permintaan dari seluruh dunia, jumlah produksi seharian juga mencecah angka jutaan produk sehari. Kos material juga dapat dikurangkan kerana permintaan yang tinggi sehingga menjurus kepada kos produksi menjadi teramat murah.
2) Industri Bekalan Rantaian Yang Lengkap
Tidak kira apa jua jenis industri, proses bekalan rantaian di China adalah sangat lengkap sehingga boleh memenuhi setiap permintaan pelanggan. Anda boleh mencari proses bekalan rantaian dengan mudah mengikut kemahuan industri anda sekaligus dapat memperbaharui kadar kecekapan pengeluaran produksi.
Ini bermakna secara tak langsung, mengurangkan kos pekerja yang tidak diperlukan, kerja bertambah efisien dan mengurangkan lagi kos untuk menguruskan produk dan komoditi.
3) Infrastruktur yang Terbaik
Bukan sekadar industri rantaian bekalan yang efisyen akibat daripada kepakaran mereka menguruskan bekalan produk, infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan China juga lengkap untuk bagi membolehkan pengilang mengeksport produk dengan cepat, cekap dan pantas. Bermula daripada China hingga ke depan rumah anda.
4) Terbaik di dalam Teknologi E-dagang
Syarikat China dilihat sebagai pemain utama di dalam teknologi E-dagang dunia. Contoh terdekat seperti Jack Ma dan syarikatnya Alibaba. Malah jauh lebih baik berbanding gergasi E-dagang seperti Ebay mahupun Amazon dengan fasiliti yang lebih lengkap, gudang yang lebih besar, pengkalan data pengilang yang lebih ramai, dan kemudahan eksport yang lebih efisyen.
Kemudahan teknologi E-dagang juga membantu pengilang untuk mencari pelanggan di serata dunia, ini tidak termasuk pemborong dari negara luar yang sentiasa membanjiri China untuk mencari produk pada harga borong. Apabila permintaan mudah didapati, kos pemasaran juga turut menurun.
5) Persaingan yang Kuat
Apabila hampir setiap produk boleh didapati di China, maka berlaku persaingan antara pengilang dan pemborong di sana. Jadi amat mudah bagi pemborong di Malaysia untuk mencari produk alternatif daripada pengilang atau pemborong lain sekiranya harga yang dijual adalah mahal.
Bayangkan sekiranya beribu peniaga menjual produk yang sama, jadi untuk sentiasa kekal releven dengan pasaran semasa, produk terpaksa dijual pada harga rendah supaya mereka kekal kompetetif di pasaran. Malah perniagaan ibarat nadi kehidupan masyarakat di China.
.
Di atas adalah 5 faktor yang menyebabkan kenapa harga barang di China menjunam superb murah. Jadi untuk sesiapa yang nak memborong barang disana untuk dijadikan barang jualan, adalah sangat sesuai.
Jadi kepada anda yang berminat untuk menyertai Trip Borong China dan merasai sendiri bagaimana suasana apabila memborong disana, anda boleh terus pm saya untuk info lanjut di:
http://wassap.my/60182774914/TripBorongChina
# Join Facebook Group: #SembangBorongChina
.
# Join Telegram : https://t.me/SembangBorongChina
.
# Instagram : @RamdanJohariBorongChina
.
Dazra Ventures & Consultancy (002302801-U)
#TripBorongChina #TripBorongGuangzhou #TripBorongShenzhen #TripBorongYiwu #SeminarBorongChina #SifuBorong #PanduanBorongChina #VideoBorongChina #DazraVentures #Dazra #MaharajaBorong #JomBorongTerusDariSumber
No comments:
Post a Comment