Thursday, February 5, 2015

STRATEGI PEMBELIAN DI CHINA

Langkah-langkah pemborongan yang salah akan membazirkan masa, wang dan tenaga anda. Untuk itu, perlu belajar langkah demi langkah terlebih dahulu supaya tindakan yang anda bakal buat ini lebih tersusun dan tepat.
Seperti dalam mana-mana bidang sekalipun, untuk berjaya dalam perniagaan anda perlukan 3 perkara penting
Ilmu - Untuk mendapatkan Ilmu, anda perlu banyak membaca, menghadiri majlis ilmu seperti kursus dan seminar. Dalam mendapatkan ilmu memborong di China, anda sebenarnya sudah berada di tempat yang betul.
Mentor - Anda perlu mempunyai mentor atau sifu untuk membimbing anda menguruskan perniagaan sehingga berjaya. Menurut pandangan ahli perniagaan yang telah berjaya, mereka mempunyai mentor atau idola masing-masing yang dijadikan sumber inspirasi dalam perniagaan mereka. Berasaskan kepada kejayaan mentor, anda akan lebih yakin dan berani untuk menjalankan perniagaan dengan lebih teratur dan bersemangat.
Keyakinan dalam diri sangat penting untuk memastikan orang lain juga yakin dengan anda. Anda tidak perlu malu untuk mencuba sesuatu yang menjurus ke arah kebaikan. Anda perlu sentiasa bergaul dengan mereka yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam perniagaan.
Komuniti - Untuk komuniti pula, kami sentiasa mengadakan pertemuaan antara usahawan-usahawan borong terus dari sumber dari masa ke semasa supaya kita dapat berhubung dan berkongsi pengalaman sesama sendiri. Dengan adanya komuniti seperti ini, anda akan menyedari bahawa mereka banyak mempengarui anda dalam membuat keputusan perniagaan. Jikalau anda tidak mempunyai masa, anda boleh sertai komuniti facebook kami iaitu facebook.com/JomBorongTerusDariSumber.

Sertai kami Trip Borong Ke China untuk mendapatkan ilmu memborong yang bakal membantu perniagaan anda semakin maju.

============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment