Monday, February 9, 2015

KAEDAH MENETAPKAN HARGA JUALAN BARANG DI MALAYSIA

Menetapkan harga barangan jualan dalam perniagaan adalah antara satu strategi yang sukar, namun penetapan harga amat penting dilakukan dengan betul. Ramai yang berfikiran meletakkan harga yang rendah untuk produk mereka adalah langkah terbaik kerana lagi rendah harga, lagi ramai yang akan membeli. Ada juga yang fikir perlu meletakkan harga yang tinggi supaya produk tidak dilihat berkualiti rendah.
Sama ada produk yang kita jual adalah murah ataupun mahal, teknik penetapan harga adalah diutamakan dalam perniagaan. Tidak semestinya produk yang murah mudah dijual dan pada waktu yang sama, walaupun terdapat jam RM50, tetapi jenama jam RM5,000 adalah lebih dikenali!
Antara faktor yang perlu diambil kira dalam menetapkan harga produk atau perkhidmatan:
1. Fikirkan siapakah pasaran kita dan pendapatan sasaran pasaran.
2. Fikirkan juga harga yang diletakkan oleh pesaing atau perniagaan yang serupa dengan kita.
3. Fikirkan hubungan antara kualiti dan harga - sekiranya kualiti yang tinggi, harga juga boleh ditinggikan.
4. Fikirkan kos produk dan juga pengendalian perniagaan. Dalam perniagaan, pastinya kita ingin keuntungan, dan pada waktu yang sama, perniagaan perlu bertahan pengendalian untuk jangka panjang.

Apa yang penting adalah, apabila menetapkan harga, letakkan diri kita sebagai pembeli dan dengan jujur, tanya diri kita sendiri, sekiranya produk kita dijual pada harga tersebut, adakah kita akan membeli?

SELAMAT DATANG KE CHINA.
SERTAI TRIP BORONG GUANGZHOU dan rasai pengalaman memborong yang sangat menguntungkan



============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment