Tuesday, February 10, 2015

STRATEGI MELETAKKAN HARGA DALAM PERNIAGAAN

Empat strategi meletakkan harga dalam perniagaan.

1. Premium Pricing / Harga premium
Merujuk kepada meletakkan produk atau perkhidmatan kita pada harga yang tinggi. Ini adalah strategi yang baik apabila produk dan perkhidmatan kita mempunyai keunikan yang tersendiri serta mempunyai daya saing yang hebat dibandingkan dengan pesaing.

Premium pricing adalah baik apabila ia boleh memberi tanggapan kualiti yang amat hebat. Dengan menggunakan premium pricing, marjin keuntungan adalah lebih tinggi, dan ini akan menambahkan keuntungan sesuatu perniagaan dan memudahkan promosi seterusnya mengembangkan perniagaan tersebut. Premium pricing seringkali menambahkan kekuatan jenama sesuatu perniagaan. Contoh: BMW

2. Penetration Pricing / Harga penembusan
Merujuk kepada srategi meletakkan harga rendah pada permulaan untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar, kemudia secara perlahan-lahan menaikkan harga. Tujuan meletakkan pada harga yang rendah adalah untuk menarik perhatian pelanggan di sesuatu pasaran. Apabila telah mendapat memasuki pasaran , harga mula dinaikkan perlahan-lahan. Contoh: Astro

3. Economy Pricing / Harga Ekonomi
Kesukaan bagi ramai usahawan meletakkan pada harga yang rendah untuk bersaing. Untuk menggunakan kaedah ini, kos pemasaran serta pembinaan/manufacturing perlu di turunkan. Contoh: Air Asia

4. Price Skimming / Memerhati Harga

Meletakkan pada harga tinggi pada awal-awal pelancaran oleh kerana mempunyai daya saingan yang hebat dan keunikan yang hebat. Kemudian, secara perlahan-lahan menurunkan harga. Dengan kaedah ini, usahawan dapat memaksimakan keuntungan perniagaan pada awal-awal pelancaran. Harga dan keuntungan yang tinggi pada awal-awal biasanya akan menarik pesaingan, dan untuk bersaing, harga diturunkan pula. Contoh: Handphone

Borong Terus Dari Sumber bersama sifoo yang berpengalaman untuk mendapatkan barangan yang berkualiti dan harga yang berpatutan. 


============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus
www.dazra.my

No comments:

Post a Comment