Thursday, April 16, 2015

TIPS BORONG BARANG DI CHINA

Tips yang anda boleh gunakkan semasa memborong di Guangzhou. Tips-tips ini berdasarkan pengalaman peribadi saya, dan rakan-rakan yang lain.
  • Pilih waktu yang sesuai untuk memborong di Guangzhou. Musim sejuk sangat tidak sesuai untuk anda yang baru pertama kali ke sana kerana suhu yang sejuk akan membataskan pergerakan anda. Waktu yang sesuai antara bulan Mac sehingga November. 
  • Tempah hotel yang berdekatan dengan Plaza borong, makanan halal, dan akses kepada pengangkutan awam. Hotel seperti Kawloon Hotel yang terletak di Zhanxi Lu berdekatan dengan plaza borong jam, pakaian berjenama dan kasut.
  • Untuk menjimatkan masa, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke tempat borong. Bagi alamat tempat borong, pemandu teksi akan bawa anda ke sana.
  • Bina perhubungan yang baik dengan pembekal. Selalu membuat repeat order dengan pembekal yang sama. Adalah mustahil untuk anda mendapat harga yang sangat rendah buat pertama kali.



============================================
Dazra Ventures & Consultancy  (002302801-U)
Mobile: 017 847 8843
Facebook.com/JomBorongTerusDariSumber
Instagram: @dazraventures
Twitter: JomBorongTerus

www.dazra.my

No comments:

Post a Comment